Thursday 11 August 2011

Contoh Format Rencana

Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat,ulasan,huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta sebenar. Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis.
Contoh Format Rencana

Sila baca selanjutnya...

Sunday 7 August 2011

Nota bagi Pengucapan Awam

Slide ini memaparkan nota bagi Pengucapan Awan iaitu Ucapan.


Sila baca selanjutnya...

Contoh Teks Pengucapan Awam

Contoh Ucapan YDP PIBG
Mei 31, 2007 — mindabahasa
Yang berusaha pengacara majlis,
Yang Berhormat Dato’ Shaziman bin Hj. Abu Mansor,
 Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, merangkap Ahli Parlimen Tampin;
Yang Berhormat Dato’ Ir. Jamlus bin Hj. Aziz,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Sembilan
 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Gemas,
Yang Berusaha Puan Rohanah bt. Baharom,
Pegawai Pelajaran Daerah Tampin Rembau;
Yang Berusaha Encik Anirwan bin Fauzee, Penolong Pegawai Daerah Tampin
 mewakili Pegawai Daerah Tampin,
Yang Berusaha Encik Sabudin bin Hj. Sani, Pengetua SMK Jelai (F);
Yang Berusaha Tuan Penghulu Mukim,
 Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah,  Pengurus-Pengurus Gugusan Felda Jelai, Ketua-ketua kampung, pemimpin-pemimpin masyarakat dan persatuan belia, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan tuan puan yang dihormati sekalian. 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis penutupan Kejohanan Olahraga SMK Jelai (F) kali ke-17 pada hari ini yang berlangsung dengan meriah.
 Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Dato’ Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB. Dato’dapat juga mencuri masa untuk hadir. Kami rasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan prihatin YB Dato’ terhadap kami. 

            Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran YB. Dato’, akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat Gugusan Jelai untuk melibatkan diri dengan aktif dalam program pendidikan. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Saya teringat impian Perdana Menteri kita, YAB. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Apatah lagi, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah.  
            Ini bermakna peluang pendidikan yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya. Kita mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan ke kolej atau universiti. Dengan adanya dasar baru kerajaan, anak-anak di Jelai ini boleh merebut peluang. Hal ini kerana markah sebanyak 10 peratus diperuntukkan dalam aspek kokurikulum. Anak-anak yang aktif dalam kokurikulum boleh menggunakan kelebihan itu disebabkan pencapaian yang baik dan keaktifan pelajar kita memang sudah terbukti.  
Kita telah berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan. Semua ini hanya terhasil setelah usaha berterusan dijalankan selama beberapa tahun belakangan ini dan hasilnya dapat dituai sekarang. Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak. Bagi memastikan semua pelajar berpeluang mendapat pelajaran dan dapat bergiat dengan aktif dalam kokurikulum, kemudahan yang ada belum mencukupi. Pihak PIBG telah banyak menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah, tetapi kewangan kita tidak memadai kerana kos dan perbelanjaan semakin meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak Jelai yang berjaya. Saya mewakili pihak PIBG mengharapkan sokongan kewangan dan moral daripada semua pihak, terutamanya daripada YB Dato’ dalam hal ini. Sokongan ibu bapa kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG dan jawatankuasa PIBG juga amat saya harapkan kerana setiap antara kita boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak kita . 
Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan YB. Dato’, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB. Dato’ yang sudi bersama-sama dengan kita pada petang ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.  
Sekian.Wabillahi taufiq wal hidayah asm. Wrbh. Terima kasih.


Sila baca selanjutnya...

Pengucapan Awam

PENGENALAN

Pengucapan awam adalah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap
pendengar atau hadirin. Pengucapan awam melibatkan penghantaran mesej dalam
bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pengucapan awam bukan sahaja
menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga melalui bahasa badan,
penampilan dan tingkahlaku serta etika.


Pengucapan awam yang baik mampu membolehkan perpindahan idea dan

Perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya. Kemahiran
dalam memastikan penyampaian idea dan perasaan begini merupakan satu kelebihan
kepada pengucap kerana berjaya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam
mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar terhadap apa yang ingin
disampaikan oleh pengucap.             



DEFINISI  UCAPAN

Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi
secara lisan yang dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu penetapan masa, tempat dan isu yang hendak disampaikan telah dilakukan.
Menurut Abdul Mua'ti Ahmad, (1994) menyatakan bahawa pengucapan umum
mengggunakan anggota verbal dan bukan verbal. Manakala menurut Rahimah Yeop
(2001) , pengucapan awam ialah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang
pengucap dan sekumpulan pendengadengan bertujuan untuk memindahkan dan
menyampaikan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke empat, ucapan ialah apa
yang diucapkan, perkataan(kata-kata) yang diucapkan; cara menyebut sesuatu
kata,lafaz,sebutan;kata.-kata yang mengandungi harapan supaya selamat.
Selain itu, menurut Maimunah Haji Omar (1993), ucapan merupakan sebahagian
daripada perucapan umumnya dalam aspek perutusan. Disamping itu, ucapan dapat
diertikan sebagai apa - apa yang diucapkan atau cara menyebut atau cara melafazkan
sesuatu kata. Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui
pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala. Lazimnya, ucapan akan disampaikan
dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti pertandingan, perhimpunan dan
majlis rasmi.


Contoh teks pengucapan awam



Sila baca selanjutnya...

Sunday 31 July 2011

PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO BERKUALITI

1.                  Pengenalan
1.1 Peranan dan fungsi surat dalam penghidupan kita
1.2  Takrif surat rasmi
2.                  Jenis-Jenis Surat
i.         Surat tidak rasmi
ii.       Surat rasmi
iii.      Memo

3.                  Takrif
i.         Surat tidak rasmi
       Alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh individu kepada individu
ii.       Surat rasmi
Surat rasmi ialah alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung secara rasmi di antara satu sama lain
iii.      Memo
Alat komunikasi bertulis di dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi 
4.                  Ciri-Ciri
4.1    Surat tidak rasmi
Tidak terikat dengan peraturan-peraturan tertentu (bebas) mengikut citarasa penulis berdasarkan siapa penerimanya 
4.2    Surat rasmi
Mengikut peraturan-peraturan yang tertentu iaitu dari segi format, teknik, struktur dan penggunaan bahasanya
i.                     Format
·        Pengenalan pengirim dan penerima
·        Rujukan fail (pengirim/penerima) dan tarikh
·        Ada tajuk surat
·        Isi surat (satu perkara sahaja)
·        Akhir surat (harapan, nama pengirim, jawatan)
·        Identation jaral tepi permulaan menulis)
·        Jarak perenggan
·        Jarak baris
ii.                   Teknik/Kaedah Menulis
·     Rujukan dan tarikh (kanan/kiri)
·     Penulisan tarikh ( 12 Januari 1997)
·    Alamat dan Poskod (highlight)
·    Ada sistem nombor (kecuali bukan untuk berhubung)
·    Untuk perhatian (u.p.)
·    Melalui (jika perlu)
·    Salinan (jika perlu)
·    Pendraf/penaip (jika perlu)
iii.                  Struktur
Ditulis mengikut urutan
a.       Pengenalan
·        Pengirim
·        Penerima
b.      Isi Surat
·        Perkara
·        Pengenalan isi
·        Isi utama/Isi Sokongan
c.       Penutup
·        Harapan
·        Akhir kata
·        Slogan
·        Ungkapan kesetiaan/pengakuan
·        Tanda tangan/ nama/ jawapan
iv.                 Pengunaan bahasa yang khusus
a.             Ganti nama
·     Orang pertama
·     Orang kedua
·     Orang ketiga
b.            Wacana
c.             Laras bahas

4.3    Memo
i.                     Ditulis secara ringkas. Apa yang pentingkan hanya isi yang pada umumnya bertujuan :
·        Makluman
·        Permintaan/cadangan
·        Arahan
·        Menyampaikan maklumat dll.
ii.                   Ditulis dalam dua bentuk
·        Bentuk borang
·        Bentuk terbuka

5.                  Jenis-Jenis Surat Rasmi
·        Pemohonan,
·        rayuan,
·        bantahan,
·        makluman,
·        arahan,
·         ucapan (tahniah/takziah),
·         penghargaan,
·        perakuan,
·         jemputan,
·        cadangan, pesanan,
·         perjanjian,
·         pekeliling,
·         iringan dan lain-lain.

6.                  Prinsip-Prinsip Penulisan Surat Rasmi : 4 C + P
6.1 Correct (Betul)
·        Ejaan,
·        tatabahasa,
·         laras bahasa (pengunaan ganti nama dan gelaran),
·         data,
·        fakta ,
·        maklumat,
·         wacana,
·        format,
·        teknik
         6.2 Clear (Jelas)
·        Tujuan,
·        perkara/tajuk/msesj,
·        prosedur/penulisan/protocol,
·        Struktur penulisan
+    Pengenalan
-         Pengirim (nama jabatan, alamat dan perhubungan)
-         Rujukan fail dan tarikh
-         SULIT/BERDAFTAR/DENGAN TANGAN
-         Penerima (jawatan, alamat dan poskod)
-         Untuk perhatian (u.p)
-         Melalui
-         Rujukan kehormat
+    Isi surat
-         Tajuk
-         Keselarasan rujukan kehormat
-         Pengenalan isi utama
-         Isi utama / isi sokongan
-         Harapan
+    Akhir surat
-         Pengakuan / pengakuan kesetiaan
-         Tandatangan/nama/jawatan/bagi pihak (b.p.)
-         Slogan (tetap/sementara)
-         Salinan kepada (s.k.)
-         Initial (huru ringkas) pendraf dan penaip
·        Ayat mudah
·        Pengolahan (urutan logic)
·        Pengunaan huruf potong atau akronim
·        Sistem nombor
      6.3    Concise (Ringkas dan padat)
i.                     Terus kepada mesej
ii.                   Tidak ada pembaziran perkataan
      6.4    Comprehensive (Lengkap)
i.                     Data utama dan data sokongan
ii.                   Spesifikasi yang terperinci
iii.                  Maklumat yang lengkap (data dan fakta)
iv.                 Rasional / justifikasi
v.                   Konstruktif

       6.5    Polite (Bersopan-santun dan hormat)
i.                     Diplomasi
ii.                   Wacana hormat
iii.                  Wacana rujukan
iv.                 Wacana harapan
v.                   Wacana antisipasi
vi.                 Wacan penutup

7.                  Format dan Teknik Penulisan
7.1            Jarak tepi (indentation)
7.2              Jarak langkau baris / perenggan
7.3              Jarak selepas koma
7.4              Jarak selepas noktah
7.5              Penekanan (highlight)
7.6              Penekanan rujukan fail
7.7              Penulisan tarikh
7.8              Pernyataan ‘SULIT’
7.9               Pengunaan ‘untuk perhatian’ (u.p.)
7.10                      Pengunaan ‘Melalui’
7.11                      Simbol lampiran (….)
7.12                      Sambungan muka surat ( …2/-)

8.                  Format Memo
8.1  Bentuk Borang
MEMO INTAN
Kepada :
Daripada :
    Untuk kelulusan

      Sila uruskan
    Untuk makluman
      Sila kaji dan kemukakan

   Untuk pandangan

      Sila bercakap
    Untuk simpanan

      Sila taip
    Untuk difailkan

      Sila cetak
    Untuk tandatangan

      Sila edarkan
    Simpan dalam perhatian sehinga ……..

      Sial beri ulasan


CATATAN ________________________________________________

________________________________________________
Terima kasih

Tarikh : ……………….               Tandatangan …………..

8.2  Memo Bentuk Terbuka
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA
(INTAN) MALAYSIA
                     Fail kami : INTAN                                           Tarikh :
                     Fail tuan  :
Tajuk


Kepada

Salinan
Daripada














Sila baca selanjutnya...